Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Syahdu dan gembiranya hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Sepatutnya masa2 cuti begini alangkah indahnya diluangkan bersama suami tersayang sambil mengikuti perarakan Maulidur Rasul..InsyaALLAH..coming soon he2..

Walau apepun masa2 ni saya tetap menghargainya bersama teman2 yg BeSt bangat!!

cerita2 pasal Maulidur Rasul nie saya dengar dari youtube..best nasyid nie..lepas tu terus download..tapi nak upload dalam nie take time sikit..
Jadi saya tulis, kamu buleyla tengok ye..he3 (Raihan - ya Nabi salamun Alaika)


Indahnya selawat..

Nak tau x tokoh maulidur Rasul 2011 siapa yang dapat?(sumber Berita Harian)

- Tokoh maulidur rasul tahun nie adalah Dr Abdul Hayei Abd Sukor.

- Selain daripada itu, penerima anugerah maulidur rasul adalah

*Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan (tergamam bila dia buleh speaking arab fluently) aiseh...malu den..lepas ni nak masuk kelas arab la..he3

*Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Datuk Dangiran Mustapha.

*Profesor di Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Prof Dr Ismawi Zen;

*Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Tan Sri Dr Robaayah Zambahari;

*bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah

*bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Riwayat ringkas yg saya nak kongsi tentang Nabi Muhammad S.A.W;

# Baginda lahir pada 12 rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 APril 570 Masihi

# bapa baginda (Abdullah) wafat ketika baginda berusia 2 bulan di dalam kandungan ibunya Aminah

# disusukan oleh Halimatus Saadiah

# dijaga oleh Datuknya Abdul Mutalib selepas kewafatan ibunya

# ketika berusia 12 tahun, baginda membantu bapa saudaranya Abu Talib berniaga dan perniagaan Abu Talib bertambah maju

# Ketika Baginda berusia 25 tahun, baginda menolong Khadijah berniaga di Syam dan akhirnya berkahwin dengan Khadijah yg pada ketika itu Khadijah berusia 40 tahun.

# Baginda wafat pada usia 63 di Madinah Al Munawarrah

# Baginda merupakan salah seorang Rasul yang tergolong sebagai Ulul Azmi..

yang ini Saya copy dari wikipedia ;)

PESANAN AKHIR Baginda Rasulullah S.A.W

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SamA2 lah kita renungkan..Salam Maulidur Rasul

No comments: