Monday, December 16, 2013

Oreo Cheese Cake

Salam sahabat,
Lama tak update, busy la katakan..=D
Hurm..terliur tak dengan title di atas? Hehe, bestkan kan kan

Kisah ni dah lama berlaku hehe, tapi baru sempat nak kongsi. Pada 22 September 2013, sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah..rasa macam sekejap je...yelah, sambil gurau senda, gaduh-gaduh manja, merajuk..hehe sayala tu yg selalu merajuk..tup2 dah 4 tahun kami bersama.
Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehidupan bahagia ini.

Syukur dikurniakan husband yang sabar melayan karenah saya =D, syukur dengan permata hati kami Muhammad Adib yang terlebih manja..walaupun mama selalu kena buli..uhuks

Panjang ceritanya ye..
Baiklah , sebenarnya kek ni husband pernah request tahun lepas..ulang sekali lagi, tahun lepas ye hehe
Tapi tahun ni baru rasa berani nak mencuba. Sebabnya, bila dengar namanya cheese..wahhhh rasa sangat complicated nak buat! Waduh...takut sih

Sebelum terlaksananya projek cheese cake ni, saya banyak buat research a.k.a survey pasal kek ni..hahaha..inilah strategi untuk menjimatkan wang, titik peluh..dan yang PASTI, kek mesti JADI dan sedapkan..

Saya guna resepi dari Kak Ummi. Terima kasih kak..resepi yang lazat berkrim..sedapnya!!



Tips kek keju ni...sedap dimakan keesokkan harinya..kira lagi lama..lagi lazizah..yummeh (berat badan semakin melambung..subhanallah..bila nak diet ni..=P)

Selamat malam..
Tengah fikir..sempat tak nak buat dorayaki untuk breakfast esok =D (request from husband tadi)
InsyaAllah..