Thursday, October 16, 2014


Assalammua'laikum,

Mood rajin update datang! He he, semoga MW rajin menulis.

Okey, nak cerita pasal pergi " makan Angin" di Taman Lebah Genting Highlands hari tuuu.

Ini MW ada snap beberapa gambar masa lawatan.  Tempat masih baru dan masih dalam proses pembinaan, jadi ini ajela yang MW dapat kongsi.

Ini view dari pintu masuk

Staff dia akan jadi macam tourist guard, ini cerita pasal lebah sepanjang wall

Ini keluarga lebah

Ini sarang kelulut,sejenis lebah, sedap mkn madu kelulut fresh!

Ada taman rama-rama, belakang air terjun tadi ada pintu masak je sini ;D

Spesis rama-rama, mula2 ingatkan rama-rama hidup, rupanya semua yang diawet kecuali pulpa tu


Ini pintu utama masa mula2 sampai, Kat sini jugakla tempat duduk sambil minum air madu free!

Jadi, untuk lawatan hujung minggu, okla tempat ni. Lagipun dekat dengan rumah dan yang penting jalan tak sesak. Selepas memusing satu taman , staff dia serve air free dan semua berasaskan madu tau! Manis sangat, tak habis pun hehehe 

Sambil2 layan air free, kat sini ada kedai cenderamata dan coklat! MW beli T-shirt untuk Adeeb sehelai, strawberry kering (time ni tekak rasa mual), dan madu untuk batuk, selesema, demam. Harga? Fuhhhh boleh tahan!