Thursday, October 16, 2014

Assalammua'laikum,..

Lama menyepi lepas last entry. Hari tu berkobar-kobar nak update, dan tiba2 hilang semangat bila dapat berita dari kampung. Apak kurang sihat, jiwa MW jadi kacau, duk fikir, macam mana nak balik ni, hubby tgh sibuk sangat kerja, xboleh skip..syukurlah ada mentua yang kebetulan nak ke Kuantan, jadi mentua tolong bawakkan sampai kampung sambil dapat ziarah apak dan mak.

Apak kena tahan wad di HOSHAS, ada masalah jantung..next day pula tetiba kena strok. MW sangat bertabah masa jumpa apak, tak menangis langsung, sedangkan hati ini Allah sahaja yang tahu 😢

Lebih kurang 1 minggu juga apak dalam wad, dari CCU hingga ke wad biasa, syukur adik MW misi, jadinya dia yang bertugas, dan kadang2 malam abang yg ambil alih. MW tak dapat nak jaga, adeeb masih fully bfeed dan below 12thn tak boleh masuk kawasan hospital pun. Jadi tugas2 misi terserah pada yang lapang.

Dua minggu juga MW duduk kampung, seminggu masa apak dalam wad, seminggu masa apak keluar wad. Encik hubby bagi lampu hijau sebab tak mau MW terkilan tak dapat jaga apak walaupun sebenarnya hubby sangat risau keadaan MW yang masih full bfeed adeeb dan dalam masa yang sama kami dah expect adeeb nak dapat "geng" baru 😜. Memang MW penat sangat2, tapi MW puas hati dapat jaga apak mak dan duduk kampung lama he he.

InsyaAllah, Allah ada, sentiasa ada jaga geng baru 😍.  Sekarang, alhamdulillah, syukur, apak semakin sihat, Abang yang jaga, kak ipar ada tolong masak menu yang apak request. Kebetulan abang dan kak ipar memang tukang masak, mostly keluarga MW memang kerjanya memasak..mudahla sikit. Tapi kalau MW..he he, terkial-kial juga buka buku resepi 😁😁😁

P/s: setiap perbuatan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah dan mendapat izin suami..insyaAllah, semuanya berlalu dengan baik sekali... Semoga kita sentiasa mendapat kesihatan yang baik2 sahaja ya




No comments: