Thursday, October 16, 2014


Assalammua'laikum,

Mood rajin update datang! He he, semoga MW rajin menulis.

Okey, nak cerita pasal pergi " makan Angin" di Taman Lebah Genting Highlands hari tuuu.

Ini MW ada snap beberapa gambar masa lawatan.  Tempat masih baru dan masih dalam proses pembinaan, jadi ini ajela yang MW dapat kongsi.

Ini view dari pintu masuk

Staff dia akan jadi macam tourist guard, ini cerita pasal lebah sepanjang wall

Ini keluarga lebah

Ini sarang kelulut,sejenis lebah, sedap mkn madu kelulut fresh!

Ada taman rama-rama, belakang air terjun tadi ada pintu masak je sini ;D

Spesis rama-rama, mula2 ingatkan rama-rama hidup, rupanya semua yang diawet kecuali pulpa tu


Ini pintu utama masa mula2 sampai, Kat sini jugakla tempat duduk sambil minum air madu free!

Jadi, untuk lawatan hujung minggu, okla tempat ni. Lagipun dekat dengan rumah dan yang penting jalan tak sesak. Selepas memusing satu taman , staff dia serve air free dan semua berasaskan madu tau! Manis sangat, tak habis pun hehehe 

Sambil2 layan air free, kat sini ada kedai cenderamata dan coklat! MW beli T-shirt untuk Adeeb sehelai, strawberry kering (time ni tekak rasa mual), dan madu untuk batuk, selesema, demam. Harga? Fuhhhh boleh tahan!



Assalammua'laikum,..

Lama menyepi lepas last entry. Hari tu berkobar-kobar nak update, dan tiba2 hilang semangat bila dapat berita dari kampung. Apak kurang sihat, jiwa MW jadi kacau, duk fikir, macam mana nak balik ni, hubby tgh sibuk sangat kerja, xboleh skip..syukurlah ada mentua yang kebetulan nak ke Kuantan, jadi mentua tolong bawakkan sampai kampung sambil dapat ziarah apak dan mak.

Apak kena tahan wad di HOSHAS, ada masalah jantung..next day pula tetiba kena strok. MW sangat bertabah masa jumpa apak, tak menangis langsung, sedangkan hati ini Allah sahaja yang tahu 😢

Lebih kurang 1 minggu juga apak dalam wad, dari CCU hingga ke wad biasa, syukur adik MW misi, jadinya dia yang bertugas, dan kadang2 malam abang yg ambil alih. MW tak dapat nak jaga, adeeb masih fully bfeed dan below 12thn tak boleh masuk kawasan hospital pun. Jadi tugas2 misi terserah pada yang lapang.

Dua minggu juga MW duduk kampung, seminggu masa apak dalam wad, seminggu masa apak keluar wad. Encik hubby bagi lampu hijau sebab tak mau MW terkilan tak dapat jaga apak walaupun sebenarnya hubby sangat risau keadaan MW yang masih full bfeed adeeb dan dalam masa yang sama kami dah expect adeeb nak dapat "geng" baru 😜. Memang MW penat sangat2, tapi MW puas hati dapat jaga apak mak dan duduk kampung lama he he.

InsyaAllah, Allah ada, sentiasa ada jaga geng baru 😍.  Sekarang, alhamdulillah, syukur, apak semakin sihat, Abang yang jaga, kak ipar ada tolong masak menu yang apak request. Kebetulan abang dan kak ipar memang tukang masak, mostly keluarga MW memang kerjanya memasak..mudahla sikit. Tapi kalau MW..he he, terkial-kial juga buka buku resepi 😁😁😁

P/s: setiap perbuatan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah dan mendapat izin suami..insyaAllah, semuanya berlalu dengan baik sekali... Semoga kita sentiasa mendapat kesihatan yang baik2 sahaja ya




Tuesday, May 13, 2014

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Wesak!


Assalammua'laikum WBT...

Alhamdulillah, akhirnya Mama Wawe (MW) kembali menaip setelah sekian lama menyepikan diri he he 😁,

Alhamdulillah, syukur diberi rezeki dan kesihatan yg baik. Sebelum ni, apak MW kurang sihat, kena rehat yang secukupnya. Satu perkara yang membuatkan MW rapat sangat dengan parents ni, bila apak atau mak kurang sihat, MW pun akan alami perkara yang sama baik MW akan demam atau tak boleh tidur malam sebab badan akan panas!

Baiklah, MW kembali kepada tajuk ye 😁

Mula-mula nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak di kampung dan untuk mak di bandar...😍

Kemudian, Selamat Hari Wesak untuk penganut Buddha!

Sukanya Wesak Day ni jatuh hari Selasa! Yeayy cuti! 
Husband MW la yang cuti...seronok encik suami ada di rumah!! 
Meriah! Dannnnn yang pastinya encik suami nak bawa Adeeb jalan-jalan..of course MW tumpang berkaki2 hehe

Nak tau kami pergi mana? Dekat je dengan rumah..tapi rasa jauh sebab jalan nak pergi sana macam ular kena palu..pening kepala MW tau! Rasa nak makan minyak cap kapak 😁

Inilah tempatnya!...tadaaaa 🔉🔉🔊


Okay, cukup dulu setakat ini. Next entri MW akan cerita ok..

🌃