Monday, December 16, 2013

Oreo Cheese Cake

Salam sahabat,
Lama tak update, busy la katakan..=D
Hurm..terliur tak dengan title di atas? Hehe, bestkan kan kan

Kisah ni dah lama berlaku hehe, tapi baru sempat nak kongsi. Pada 22 September 2013, sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-4. Alhamdulillah..rasa macam sekejap je...yelah, sambil gurau senda, gaduh-gaduh manja, merajuk..hehe sayala tu yg selalu merajuk..tup2 dah 4 tahun kami bersama.
Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehidupan bahagia ini.

Syukur dikurniakan husband yang sabar melayan karenah saya =D, syukur dengan permata hati kami Muhammad Adib yang terlebih manja..walaupun mama selalu kena buli..uhuks

Panjang ceritanya ye..
Baiklah , sebenarnya kek ni husband pernah request tahun lepas..ulang sekali lagi, tahun lepas ye hehe
Tapi tahun ni baru rasa berani nak mencuba. Sebabnya, bila dengar namanya cheese..wahhhh rasa sangat complicated nak buat! Waduh...takut sih

Sebelum terlaksananya projek cheese cake ni, saya banyak buat research a.k.a survey pasal kek ni..hahaha..inilah strategi untuk menjimatkan wang, titik peluh..dan yang PASTI, kek mesti JADI dan sedapkan..

Saya guna resepi dari Kak Ummi. Terima kasih kak..resepi yang lazat berkrim..sedapnya!!



Tips kek keju ni...sedap dimakan keesokkan harinya..kira lagi lama..lagi lazizah..yummeh (berat badan semakin melambung..subhanallah..bila nak diet ni..=P)

Selamat malam..
Tengah fikir..sempat tak nak buat dorayaki untuk breakfast esok =D (request from husband tadi)
InsyaAllah..



Sunday, November 17, 2013

Puteri Ayu

Salam
Entri kali ini saya nak cerita betapa bersungguhnya saya nak mencuba resepi baru. Dah lama nak makan, tapi saya selalu xpuas hati..maka bermula la operasi mencari resepi.

Saya bukan seorang yang pandai memasak..tapi passion untuk memasak tu ada.

Saya suka mencuba..dari situ saya tahu macam mana nak masak =)

Okeh , baru2 ni..mungkin dlm minggu lepas..
Ermm..saya teringin nak makn kuih puteri ayu  @ seri ayu. Mengagau saya taip kat google hihi..
Akhirnya, saya jumpa resepi yg mudah, sedap, dan bancuhan yang sikit. Sebenarnya yang lain2 tu ok, tapi saya xnak pening2 kepala nak kena bahagi darab tolak.. Hehe

Resepi ni saya ambil dari jintanmanis

Mudah...tapi seminggu tgn saya lenguh..
Yela, saya belum ada mixer, jadi nak pukul bahan2 sampai kembang kena guna tanganla..

Rasa dah maca buat kuih bahulu...lenguh tapi passion ada =)

Dan hasilnya....tadaaaa.....berbaloi2..





Husband balik dari kerja terus ngapp...ada dlm 3-4 biji..

Esoknya, saya bagi kakak ipar rasa..takut jugak dia komen. Sebab dia memang biasa buat kuih...dan dia pun cakap sedapp dan gebu..
Terima kasih pada tuan empunya resepi..

Lain kali nak buat..rasanya nak tunggu mixer la..xsanggup nak guna tangan dah hihi..

1st time buat..menjadi..sekejap je rupanya..dan sedap. Mula2 pening jugak fikir..xkan 5 minit je dah masak..takut xjadi..hihi..tapi semuanya betul..=D 

Alhamdulillah..satu lagi resepi yang berjaya..

Saturday, April 6, 2013

2013

Salam 2013, alhamdulillah, terbuka hati ini nak menulis lagi. Idea sangat padat di kepala, banyak pendapat dan info mahu dikongsi, dek kerana servis jalur lebar masih kabur, akhirnya semua terbang disapa masa. :D hehe
Alangkah rajin dan bertuahnya sahabat2 tatkala saya meninjau-ninjau tulisan mereka yang menarik dan berinformasi, seronokkan bila dapat menulis..
Di lewat waktu ini, kugagahkan juga mencuci blog usang ini.
InsyaAllah, kucuba untuk menulis secara kerap dan menyeronokkan.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin kongsikan kata-kata idola saya Prof Muhaya; "dunia luaran kita ditentukan oleh dunia dalaman kita". Renung-renungkan, dan selamat beramal =D