Tuesday, February 21, 2012

Salam,
alhamdulillah syukur ke hadratNYA kerana saya dikurniakan kesihatan dan rezeki yg melimpah ruah dan dikelilingi orang2 yang tersayang..Aminn

Ini update pertama saya pada tahun 2012, rasanya nak ucap jugak selamat tahun baru 2012, Happy Chinese New Year, dan Salam Maulidur Rasul. (fuhhh 3 terus ucapan hehe). xlupa juga SELAMAT HARI LAHIR buat Bonda tercinta (12 jan) dan Ayah mertua (19 Feb).

Tahun ni alhamdulillah, saya sudah bergelar seorang "mama" buat Muhammad Adib. Anakanda kesayangan papa & mama. Lahirnya pada 27 jan 2012 walhal due sebenar pada 18 Jan 2012. ;P
Tapi, alhamdulillah, yang penting kami berdua selamat dan sihat.

Pengalaman yang xdapat dilupakan di saat2 menunggu kelahiran anakanda kesayangan kami, berbagai2 rintangan kena tempuhi. Saat bermula pada 26 jan, saya "volunteer" untuk melahirkan anakanda kami memandangkan dah nak masuk 42 weeks. Sebagai seorang ibu, siapalah yg x risau, babynya xmau keluar2..:C

Saya diberi dua kali dos utk induce baby keluar..yela, mkn yg pertama xsakit2 ..lps mkn yg kedua, masyaAllah, Allah sahaja maha mengetahui..tp time sakit tu sempat lagi mengingatkan pengalaman2 kawan2 yg dah bergelar ibu2 nie..siap tawaf dalam wad..yela sebab nak baring...sakit dtg huhu, last2 pukul 3am misi suh turun LR (bilik bersalin)..tetiba rasa fobia tgok katil dia..agak2 jatuh x nanti ;P

Akhirnya, 6am, after solat subuh, misi masuk air..time tu berkobar2 nak bersalin normal. Tp di saat kritikal nak meneran tu, my doc (Dr Zarina a.k.a sgt cantik orgnya) bgtau baby xboleh keluar normal, ada problem bhgian kepalanya..time tu Allah sahaja yg tau, air mata saya menitik bila doc kata kena ceaser..rasa nak menangis sekuat2 hati jer..tgok muka suami tersayang..pilu rasanya..tetapi demi nak selamatkan baby, saya akur..mungkin ini cara terbaik utk kami berdua. Saya diberi suntikan epidural (bius tulang belakang) tp half sahaja, jd evrything yg diorang buat saya tengok dan dengar..cuma xpaham jer sebab bahasa medic. Suami tetap setia menemani..dari bilik bersalin normal ke operation room.. Air mata seorang ibu & ayah tu automatik keluar bila dengar tangisan Muhammad Adib berkumandang di operation room. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Kami discharged pada hari ahad.

Dan bermulalah hidup saya with new family..Sayang Muhammad Adib..lahirnya kamu melengkapi hidup mama & papa. Alhamdulillah..rezeki semakin bertambah2..Amiinn

Sekarang anak mama tgh tido..tu yg sempat update jap, tp xboleh panjang2..mama nak rehat jugaaa :D

Pesanan utk Muhammad adib: mama doakan sayang jadi manusia yg beriman, bijaksana, berakal, berakhlak mulia, berjaya, kaya, diberkati, dan sihat di dunia dan akhirat

Sayang suamiku, terima kasih di atas segalanya, setiap detik bertambah sayang dan cinta utk kamu..semoga sampai akhirat..Aminn.