Thursday, February 24, 2011

Terujanya saya


"quiet not quiet"~ teringat words dalam AJL baru2 nie..hahahah
saje entry hari nie dimulakan dengan words yg kelakar..sebab hari nie sangat2 menggembirakan dari S.E.M.A.L.A.M....

aLHamdULLiLLAh..syukur saya masih di sini dengan semangat baru. Moga2 semangat nie x berubah dan akan bertambah dari hari ke hari.

Nak TaHu x kenapa...

1) masalah jIwA KaCAu semalam dah settle dengan Positive thinking..alhamdulillah

2) hari nie Saya diJAMU dengan tazkirah (2 tazkirah ~ 1 dari k.hada and 1 lagi dari ustazah dari PETAMA)..bile dah dengor2 tazkirah nie..haa kau terkena sebijik2 kat diri sendiri..ya ALLAH ampunilah hambaMU yg lemah ini..:C

kat sini saya share sikit tazkirah tadi..

(dari K.Hada - petikan dari The star Feb 2007 by Patricia Fripp)


Tips2 menambahkan ghairah bekerja..


1) pastikan kita breakfast utk memberi tenaga for the whole day..

2) pakai pakaian yg kemas dan rapi seperti pakaian yg kite pakai time first day kite dtg keje dulu..ingat x?

3) mulakan hari dgn berinteraksi dgn org yg positive dengan hidup dia dan bersemangat pada kerja. sekali-sekala breakfastla dgn diorg..mesti laen sikit perasaannyer kan?

4) DATANG KERJA AWAL untuk menenangkan diri dan fokus pada kerja...aiyakkk..insyaALLAH..lepas nie saya dtg lebih awal ke opis

5)buat kerja2 yg terdesak dulu..yg susah2 dulu..then baru buat keje yg mudah2

6) listkan keje yg kite dah buat pada hari tersebut..done / not done..evaluate semula apa yg dah berlaku dengan lebih positif

tazkirah yg ke-2

penekanan kepada akidah ~ back to rukun Iman

RUKUN IMAN ada 6 perkara

1) beriman kpd ALLAH SWT

2) beriman kpd malaikat2

3) beriman kpd kitab2

4) beriman kpd rasul2

5) beriman kpd hari kiamat

6) beriman kpd qada & qadar

MARI renung2kan dan selamat BERAMAL..



Wednesday, February 23, 2011

kacau bilau

xtau nak entry aper hari nie..agak lama xupdate. Biasala sibuk dgn rutin harian xpernahnyer x sibuk..mlm jela masa utk diri sendiri. Itu belum ader anak sendiri..hu3..tp itu lain la pulak citenye kan. hurmm

2 - 3 minggu nie memang mood dan my life agak kacau bilau..tapi i still can work efficiently instead of memikiorkan soal hati cewah! gitu ayat

kacau bilau sebab aper ek? maybe x cukup tido. Yela, seingat2 aku yg pernah baca fakta pasal tido nie..mesti kena cukup. Jadinya skrg nie, aku x cukup tidola..bila x cukup tidoooo, aktiviti lain agak terganggu utk menguruskan diri sendiri..

skjap lagi ader kelas..hurmm consultation jer..tp mood sgt xde, lebih2 lagi bila aku ngadap depa yg repeaters ni xde motivasi langsung!! tapi insyaALLAH..aku korbankan jugak masa dan tenaga nak ngajor depa nie bagi F.A.H.A.M dan lulus..that is my target!!

Hari nie nak cite setakat nie je..ader banyak keje menunggu bagi aku yg keje makan gaji nie..huhu

InsyaALLAH..lepas nie orang lain pulak mkn gaji ngan aku..aminn






tgh memikir nak daftar bisnes..tapi nak letak nama aper yer yg sedaaappp..ceh! nak sedap ajer..

Wednesday, February 16, 2011

Demam COPPA

wahh..sempat lagi aku mengupdate blog walaupun keadaan semakin mendesak uhuh untuk menyiapkan COPPA kebana..aiyak! tula..last minit dah jadi mengong2 nak buat sampai dah x reti la pulak..hahah

UntuK menghilangkan rasa boringku dan bagi menceriakan diriku ceewwaaahhh, aku pon layan la irama BOLLYwood nie..

Kebetulan memang aku nie fanatik pun ngan felem2 bollywood nie. Mungkin turun dari ayahku sayang kot..yela ayah pun memang fanatik bollywood!!! Tapi dolu2 zaman mudanya memang muka hindustan..sikalang ajer dah GOLAP..maklumlah duk kampung dan keje kampung, bukan duduk Opis macam aku sekarang nie..

Nape aKu suka hindustan??

Jawapannya ialah sebab pelakon cantik (semua lawa yg pompuan!!) dan hencem(shah rukh khan), view yg cantik2 (mostly larrhh), ada lagu2 yg BEST, dan baju diorang pun cantik..(SAREE..ouuwwhh maner sari aku nieeeeeee!!~ suka saree kat satu belog tu tapi dah sold out!) :( so sad

cite paling best DIL TO PAGAL HAI..ni ler cite yang mengajar aku menari sampai naikla kot bil elektrik ayahku pada bulan tuh hehe. sebabnya berlatiih guna video tape..PLAY ~ PAUSE ~ PLAY ~ REWIND ~semua aku bantai jer asalkan aku dapat follow and hafal STEP tuh!!


akhirnyaaaa...berjaya sampai lagu2nyer pon aku hafal kah kah kah..( hafaz AL-Quran lagi baik dop? dapat pahala) he3..insyaALLAH..pasni hafaz ALQuran pulak la yer ;)

lepas tuh aku ikut pulak lagu nie..lagu sedappp.. jadi aku pun follow la tariannyer..


Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Syahdu dan gembiranya hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Sepatutnya masa2 cuti begini alangkah indahnya diluangkan bersama suami tersayang sambil mengikuti perarakan Maulidur Rasul..InsyaALLAH..coming soon he2..

Walau apepun masa2 ni saya tetap menghargainya bersama teman2 yg BeSt bangat!!

cerita2 pasal Maulidur Rasul nie saya dengar dari youtube..best nasyid nie..lepas tu terus download..tapi nak upload dalam nie take time sikit..
Jadi saya tulis, kamu buleyla tengok ye..he3 (Raihan - ya Nabi salamun Alaika)


Indahnya selawat..

Nak tau x tokoh maulidur Rasul 2011 siapa yang dapat?(sumber Berita Harian)

- Tokoh maulidur rasul tahun nie adalah Dr Abdul Hayei Abd Sukor.

- Selain daripada itu, penerima anugerah maulidur rasul adalah

*Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan (tergamam bila dia buleh speaking arab fluently) aiseh...malu den..lepas ni nak masuk kelas arab la..he3

*Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Datuk Dangiran Mustapha.

*Profesor di Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Prof Dr Ismawi Zen;

*Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Tan Sri Dr Robaayah Zambahari;

*bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah

*bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Riwayat ringkas yg saya nak kongsi tentang Nabi Muhammad S.A.W;

# Baginda lahir pada 12 rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 APril 570 Masihi

# bapa baginda (Abdullah) wafat ketika baginda berusia 2 bulan di dalam kandungan ibunya Aminah

# disusukan oleh Halimatus Saadiah

# dijaga oleh Datuknya Abdul Mutalib selepas kewafatan ibunya

# ketika berusia 12 tahun, baginda membantu bapa saudaranya Abu Talib berniaga dan perniagaan Abu Talib bertambah maju

# Ketika Baginda berusia 25 tahun, baginda menolong Khadijah berniaga di Syam dan akhirnya berkahwin dengan Khadijah yg pada ketika itu Khadijah berusia 40 tahun.

# Baginda wafat pada usia 63 di Madinah Al Munawarrah

# Baginda merupakan salah seorang Rasul yang tergolong sebagai Ulul Azmi..

yang ini Saya copy dari wikipedia ;)

PESANAN AKHIR Baginda Rasulullah S.A.W

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SamA2 lah kita renungkan..Salam Maulidur Rasul

Thursday, February 10, 2011

Breakfast hari ini..

Salam dan selamat pagi..

Hari ni nak update pasal breakfast yang berjaya dibuat dari rumah huhu.."penkek pisang". Ini baru first time buat sebab biasa makan di rumah mertua..sedapla pulak..last2 semalam kol my mother-in-law minta resepi..

Pada mulanya nak buat lempeng pisang..yela balik dari kampung cuti tahun baru cina baru nie angkut pisang dari kebun ayahandaku pak mail..he2..pisang restali, pisang nangka, dan pisang sembatu @ pisang abu. Kite dah ambik yg kaler ijau lagi..tapi sebab dah masuk dalam kete..sampai kuantan dah jadi kuning la pulak!..Itulah permulaannya kite nak jadikan lempeng..lepastu xjadi la pulak!..macam cekokok benyetttttt jer hahahahha...terus cancel nak buat.

Lastly, teringat penkek terus mintak resepi..dan berdebar2 jugak membancuhnyer malam tadi bersama housemate..Pagi tadi nak try jugak masak sebab nak tau jadi ke x jadi...walaupun masa nak g keje tinggal lagi 15 minit...tapi nak jugak buat haishh!!! yela mesti nak kasi opismate rasa. Kesian k.nora yg mintak cekodok pisang tapi xdapat2 lagi he2..xpe nanti ada masa saya buat ea akak..

Akhirnya penantianku nak tengok penkek jadi atau pun x selesai APABILA..penkek ku bErJAyA !!! yeaaaaaaaaahaa!..tapi kurang manis sikit..takpela lain kali kite try lagi buat dia lagi sedap..dah bagi resepi pada ofismate..moga2 semuanya berjaya dan lagi sedap dari kite buat..buley rasa he3